Friday, December 23, 2011

Teringat family...

dulu mase kecik ibu selalu pesan.. jangan buka 'api ' dengan tangan basah.. mase tu sumpah aku ingatkan jangan buka api dapur gas dengan tangan basah.. bila dah besar sikit baru lah aku faham ... 'api ' yang ibu maksud kan ialah suis electrik.. punya lah lurus masa zaman kecik2 dulu.. tapi tu lah sampai sekarang banyak pesanan2 ibu & abah terpahat dalam hati.. buat bekalan menempuh hidup..

sejak2 dua menjak ni selalu teringat kat family.. mungkin sebab lama tak telifon diorg kot.. tadi telifon abah.. dia kata dua tiga minggu lepas kaki kanan dia tak boleh nak bergerak langsung.. bila jumpa doktor .. doktor kata masalah saraf kat bahu dan kaki sebelah kanan dia.. susah betul nak analisa complaint abah. rasa nya tu mesti TIA (transient ischemic attact ) . TIA tu macam mini stroke.. tapi sekarang dah ok.. dah boleh bergerak. cuma kena buat pysical therapy.. nasib baik masa balik summer hari aku paksa abah pindah kan data perubatan dia dari hospital selayang ke hospital kuala krai ..kalau tidak susah jugak.. dah tak ada sapa2 kat KL nak tengok2 abah.

Beberapa minggu lepas jugak mak johor ( mak mentua) kena betulkan balik disk tulang belakang.. dulu dia pernah buat operation ganti disk.. sekarang tiba2 sakit balik.. so doktor betulkan balik.. sekarang dah sihat.. cuma rehat banyak2.. mak kata rehat sambil2 tunjuk2 kan abah buat keje rumah.. sweet jer abah ngan mak ...

macam2 berlaku kat malaysia.. baru dua bulan sampai sini.. rasa nak terbang balik malaysia jer cuti ni.. tiket dah lah tengah murah.. 2150le.. mengoda betul.. Bila family sakit atau ader masalah rasa lemah sangat.. yer lah kita duduk jauh.. tak boleh tolong aper2 pon.. tolong bersedih jer lah jawab nya.. hahaha..
abah & ibu.. ( serius rindu )

ok cukup dengan mode homesick.. jangan nak over2.. petang ni nak pergi MKU 4.o.. khabar nya makan nasi ayam.. nasi ayam atau nasi lauk ayam wallahualam... nak tahu kena pergi.. bagi aku asal kenyang.. alhamdulillah..

ps :
1. nak bukak rahsia ni. saya tak reti guna mancis atau pemetik api.. so kalau tinggalkan aku dalam hutan dengan sebijik mancis pon .. aku akan mati kesejukan.. sebab aku tak reti guna..

2.. vampire prosecutor dah habis.. nanti kita cerita2 pasal drama ni dalam post lain yer..

3. sekarang posting kat neuropsychiatry .. best & interesting.. tibe2 rasa nak cakap ohhh ramai lagi org yang lebih ' gila' dari aku.. hahaha..


Thursday, December 1, 2011

Flower Boy Ramyun Shop .. nyam2

assalamualaikum...

masa2 mula2 tengok tajuk citer ni aku mati2 ingat kan citer pasal masak2... aku memang suka tengok cerita memasak.. lepas tu terliur.. huhu.. sebenar nya drama ni pasal lelaki-lelaki hensem ( baca jambu ) bukak kedai ramyun bersama seorang cikgu..

Nampak pendek giler kan pompuan tu.. sebenarnya tinggi dia 165cm !! tapi disebab kan lelaki2 sebelah tu melangit tinggi.. dia nampak sangat kontot..

flower boy I - cha chi soo.. budak sekolah yang kaya.. dia join ramyun shop sebab nak jumpa eun bi.. tapi babak yang paling kelakar mase dia sesat kat stesen k.api.. haha.. nak tahu aper ? sila tengok sendiri..

flower boy II -Choi kang hyuk / pemilik kedai ramyun... kedai ramyun tu sebenarnya milik ayah eun bi.. tapi ayah dia bagi kedai berserta eun bi sekali kat lelaki ni.. comel jer bila dia panggil eun bi 'wife' ..
watak dia :
1. dia mampu dan akan tidur dia mana2 sahaja.. comel jer.. sebab mak dan ayah dia mati masa dia kecik.. so dengan tidur dia rase semua tu mimpi..
2. dia terer masak ramyun macam ayah eun bi.. nyam2..

flower boy III - Woo Hyun Woo.. dia berkerja dekat ramyun shop sebab nak tempat tinggal.. dia ni geng cha chi soo tapi ayah dia bankrap ..so terpaksa lah tanggung diri sendiri..

flower boy IV - Kim Ba Wool .. ni kawan eun bi.. aku memang menyampah dengan rambut dia.. macam ayam.. haha .. dia berkerja dengan kedai ramyun ni sebab suka giler makan ramyun.. emm satu perkataan untuk mengambarkan watak dia ialah ; gangster jiwang...

'flower girl' - yang eun bi .. satu2 nya perempuan yang kerja dekat kedai tu.. biase lah heroin korea.. baik tapi bermasaalah.. huhu..

sekarang ni baru episode 10 / 16... setakat ni drama ni best jugak lah.. kelakar..

sesiapa yg minta nak tengok sila lah tengok.. tapi jangan lupa study.. yang nak men-download ... boleh lah ker doramax264 @ mediumquality ...


ps :
1. nak study tapi tak der mood... kalau lah mood untuk study boleh di call melalui telipon..

2. dah masuk bulan disember.. kena stat pikir azam tahun baru.. tapi masalah nya azam tahun ni pon tak terbuat lagi..





Monday, November 28, 2011

Dimana ader kesusahan di situ ader kejayaan...

Kejayaan tak akan datang bergolek...

Berakit rakit ker hulu bersenang2 kemuara...
Bersusah-susah dahulu bersenang2 kemudian...

Dimane ader usaha disitu ader jalan...

ok cukup lah.. ni antara kata2 untuk mengambarkan keadaan saya sekarang... winter memang mencabar wooo..

nak bangun pagi untuk ke kelas sangat susah.. sejuk.. tu belum hari hujan ..

time nak study pulak.. sejuk jugak.. nak selimut dengan selimut tebal.. bila dah berselimut cepat jer mata nak tutup.. selesai study bersama mimpi2 indah..

doa2 dapat lah dikuatkan hati ... tak nak ponteng kelas dah.. nak study betul2..

p/s :

1.Mula2 pasal man of honor ep 13 & 14 .. aku tak tahu lah betul2 ada manusia jahat macam president tu... sumpah menyampah dengan muka dia.


2. Dengan hati yg bulat .. aku tekad nak ambik balik internal medicine.. harap2 dimudahkan segala nya..

3. musim pilihan raya egypt.. harap2 berjalan dengan aman..

ya Allah bagilah kesejahteraan kepada negara ini untuk selama-lamanya.. kerana aku banyak terhutang budi dan ilmu disini..

Sunday, November 13, 2011

bye2 pediatric...

Hari ini secara rasmi nya habis lah round kat wad pediatric ..mesti lepas ni rindu dekat budak2 comel..

Round pediatric berakhir dengan exam MCQ yg sangat mencabar.. pengajaran lepas ni tengok sukatan pelajaran betul2.. lepas exam MCQ sebab otak terus jem... dah tak boleh nak baca untuk OSCE.. nasib baek lah ader seseorang yg bagi semangat... terima kasih .. jasamu akan dikenang..

tapi yang best nya kali ini aku mampu mencapai rekod 99% kehadiran ke kelas... mane 1% lagi? terbabas di hari terakhir.. ponteng ILA...

tekkkkkk tekkkkkk otak jem tibe2... sebab terlampau lama tak tulis blog.. oleh itu sekian terima kasih..

ps :

1. selamat menduduki peperiksaan spm kepada calon2 spm 2011..

2. nak cakap jugak man of honor terlampau best ... sweet giler.. penuh unsur2 suspen...




3. lagi 7 hari genab lah setahun aku dapat gelaran isteri ...














Thursday, May 12, 2011

Resepi mudah : udang tepung bread crumb

saya nak kongsi resepi mudah lagi ringkas.. nama jer panjang2 padahal udang salut tepung jer..

bahan :

udang
telur
serbuk lada hitam
garam
tepung gandum
bread crumb ( boleh beli yg dah siap atau pon mesin kering bahagian tepi roti)

cara2 : tak smpai setengah jam pon


1. bersihkan udang . tabuk serbuk lada hitam dan garam
2. pecahkan telur. ( sama ada nak masukkan terus dalam udang atau asingkan tu terpulang lah. saya campur jer sekali. malas nak guna banyak2 bekas)

3. golek2 kan udang yang dah dicelup dalam telur tadi ke dalam tepung

4. lepas itu , celup sekali lagi dalam telur dan golek2 kan pulak dalam bread crumb.

5. Akhir sekali goreng dalam minyak yg sederhana panas.. ok siap makan dengan sos thai. nyam2
senang kan . jom lah kawan kita masak bende yang senang2 macam ni tiap2 hari.. tak perlu tension nak pikir nak masak aper hari ni. tabik lah kat suri rumah nak masak tiap2 hari juadah laen2. kalau saya hari2 makan ayam goreng dan sayur air. ( mudah dan baek untuk kesihatan huhuhu ) waaah lapar.. jom makan..

ps: 1. thorn bird dah hbis.( 20 episod ) happy ending. semua org bahagia. tapi kat real life tak mungkin lah macam tu kan.
2. tiket nak naek..smpai 4000le.. tolong lah rabah tour . tak baek ambik keuntungan banyak2 sangat. tak baek. boikot kan !!

Thursday, May 5, 2011

Penat..

Tahun ni dah posting internal medicine , surgery dan sekarang O&G.

internal medicine.

mase tu tak tahu kenapa kelam kabut giler.. banyak ponteng kelas lecture. lepas tu study maen2. kat internal medicine group 10 jer. sorg jer perempuan dalam group tu. tak banyak ambik history dari pesakit pon. bagi peluang kat budak laki.. hehehe .bukan aper , malas + tak reti sangat bahasa arab mesir. ramai jugak mase tu masuk kelas arab . tapi sekali lagi. saya budak yang sangat malas.

lagipon mase ni sebulan lagi nak kahwin.banyak bukak internet tengok bende comel2. padahal tak der kaitan pon dengan kahwin. tapi betullah kata orang selagi tak siap majlis fikiran ke situ jer.

Tapi sebenar nya saya tinggalkan internal medicine dengan perasaan menyesal sangat2. tak banyak bende tahu. mase final pon tak sempat hbis baca buku. sedeh.. tapi salah sendiri..

surgery

ok sikit berbanding internal medicine. group pon dah ader perempuan. best boleh gosip2. hehehe. doktor surgery terutama GIT memeng terbaek.
dr said yg garang..
dr tamil kegemaran nik..
dr yusri yang menyanyi2 sambil buat appedictomy .
pengalaman paling tak boleh lupa , kat ER patient kena cardiac arrest depan mata. harap2 pakcik tu hidup lah. lepas tu terus tak gi ER.. (padahal malas). apa pon surgery best sangat.

O&G

minggu depan hbis lah posting kat O&G . kedatangan paling baek. tak banyak sangat ponteng .

sebenarnya baru masuk tajuk utama. saya sangat2 penat..huhuhu..pagi2 kena jalan laju2 ke shabi. 10 minit. tapi bila balik jadi 15 minit atau lebih. malam tak tak boleh fikir aper2. ( nak bbm pon x larat) nak tido jer. badan dan otak sangat penat. tapi yang aneh nya berat badan tak turun2 jugak. huhuhu..

bila tengok makcik2 bersalin tibe insaf. mak2 kita mesti macam tu jugak kan. kecuali saya, saya lahir c-section. ikut penerangan ibu. placenta privia kot. sebab ibu kata uri turun bawah. uri tu palenta la kan. so horamati lah ibu anda selagi masa ada waktu.

ps: 1.betul ker kerajaan tutup pengambilan pelajar2 perubatan ? kesian nya kat budak2 yang bercita2 nak jadi doktor...
2.1st time tengok buah blueberry egypt. pelik rupa dia.


Monday, April 25, 2011

Female circumcision (sunat)

Bila sebut pasal sunat mesti ramai yang terbanyak tok mudim dan pisau nya. kalau tukang sunat lelaki,tok mudim adakah untuk perempuan mak mudim? macam pelik lah pulak

mula2 tahu pasal perempuan sunat mase dah sekolah menengah, masa balik kampung ibu nak sunatkan adik perumpuan. aii perempuan pon kene sunnat ker? yer kawan2 perempuan pon kena sunat. kalu kat malaysia biasa upacara dia sangat lah ringkas. budak perempuan tu tak sempat nangis pon. dia just potong sikit prepuce (clitoral hood). rasa nya tak der lah banyak sangat bleeding.

Tujuan dia supaya budak berkenaan bila dah meningkat dewasa boleh kawal nafsu. betul ker? entah lah.. tapi secara hukum nya sunat perempuan ni tak wajib. dan clitoridectomy dan infibulation adalah haram. islam bukan agama yang kejam yer. tapi ramai jugak yang masih buat kunun nya atas nama islam.

Di egypt pulak female circumcision ni diharamkan selapas kematian seorang budak perempaun lpas kena sunat. menakutkan jer. tapi aper yg berlaku kat negara afrika laen lagi ngeri. diorg buat clitoridectomy. maksudnya remove all clitoris.sakit kot.. kebanyakan buat kat kampung2 tampa ubat pelali dan antibiotik. so agak berisiko untuk infection dan bleeding yang sangat banyak. syukur tak lahir kat africa. huhuhu

( sian budak ni. dah lah dah besar dah tahu malu kot. kaki dia diikat supaya cepat sembuh)

sunat ni kalau yang ktorg belajar banyak peringkat.

Type I FGM (female genital manipulation) - partial or total removal of the clitoris (clitoridectomy) and/or the prepuce (clitoral hood)
dia bagi pulak subtype
Ia - removal of the prepuce only ( macam kat malysia dan more acceptable)
Ib - removal of prepuce with clitoris

Type II FGM - partial or total removal of the clitoris and the labia minora, with or without excision of the labia majora
subtype :
IIa- removal of libia minora only
IIb- removal of clitoris, libia minora
IIIc - partial or total removal of the clitoris, the labia minora and the labia majora

Type III FGM- infibulation with excision
( infibulation ni dia buang libia majora + minora lepas tu dia jahit dan tinggal lubang untuk kencing dan darah haid jer)

type IV - all other harmful procedures to the female genitalia for non-medical purposes

jenis sunat yang remove libia majora/minora atau infibulation ni sangat lah susah bila nak beranak. doktor kena buar episiotomy yang sangat panjang ataupon kena bukak balik yang diorg jahit tu. kesimpulan nya process yang sangat susah.

untuk budak2 O&G bende ni agak penting bila kita buat vaginal examination.

Sebenarnya kempem untuk hapuskan benda ni memang ader. tapi bila dah jadi adat ni susah. mak2 mudim pon nak cari makan. ( diorang ngaku kot dalam temuramah) huhu..

balik umah2 tanya mak2 masing.. mak 2 saya sunat tak dulu? huhuhu..

p/s: nak baca O&G memang malas. esok dah kelas la wei rajin2 sket..

: : gambar kredit to google and wiki.. baca wiki jer kita...

Saturday, April 23, 2011

Pembukaan

Assalamualaikum..

Blog ni sangat lah bersawang. tiba2 rase nak tulis blog balik. dah bertahun kot tutup blog.sepanjang dekat dua tahun ni banyak baca blog2 laen.banyak dapat belajar daripada diorg. dan yang paling penting bila kita baca blog org lain kita akan tahu apa yang pembaca harapkan daripada sebuah blog. persoalan nya nak jadi blogger setia ker? yang 2 kena pikir banyak kali dulu kot.

Wajah blog dah berubah. dah x nak duduk dalam gelap. cerah lah siket kot. nnti nak tukar header. (nnti yang tak tahu bila). sebenar nya banyak lagi yg dah berubah dalam masa dua tahun ni.

1. status dah beralih bertunang kepada married ( aii ok berkahwin)


2. belajar masih di alexandria tapi dah masuk clinical year .. dah besar siket..

egypt cuti 4 hari semperna Sham El Nessim.lebih easter day bagi orang2 barat. tapi kat egypt diorg smbut bukan sebagai perayaan agama.seluruh egypt sambut bersama family.makan2 dan bersuka ria. tapi bagi kiorg pelajar kat cini,
aper yg penting ? cuti...
seronok dapat cuti.bukan senang nak dapat cuti lama tengah2 sem macam ni.

ok setakat tu lah pembukaan baru.. dengan lafaz bismillah sy mumbuka balik blog tomyam basi.. semoga blog ni dapat bagi inpirasi kat tuan dia dan jugak org laen..

ps: jom tengok thorn bird ep 15 & 16..


Dulu...kini...selamanye..insyallah...