Thursday, May 12, 2011

Resepi mudah : udang tepung bread crumb

saya nak kongsi resepi mudah lagi ringkas.. nama jer panjang2 padahal udang salut tepung jer..

bahan :

udang
telur
serbuk lada hitam
garam
tepung gandum
bread crumb ( boleh beli yg dah siap atau pon mesin kering bahagian tepi roti)

cara2 : tak smpai setengah jam pon


1. bersihkan udang . tabuk serbuk lada hitam dan garam
2. pecahkan telur. ( sama ada nak masukkan terus dalam udang atau asingkan tu terpulang lah. saya campur jer sekali. malas nak guna banyak2 bekas)

3. golek2 kan udang yang dah dicelup dalam telur tadi ke dalam tepung

4. lepas itu , celup sekali lagi dalam telur dan golek2 kan pulak dalam bread crumb.

5. Akhir sekali goreng dalam minyak yg sederhana panas.. ok siap makan dengan sos thai. nyam2
senang kan . jom lah kawan kita masak bende yang senang2 macam ni tiap2 hari.. tak perlu tension nak pikir nak masak aper hari ni. tabik lah kat suri rumah nak masak tiap2 hari juadah laen2. kalau saya hari2 makan ayam goreng dan sayur air. ( mudah dan baek untuk kesihatan huhuhu ) waaah lapar.. jom makan..

ps: 1. thorn bird dah hbis.( 20 episod ) happy ending. semua org bahagia. tapi kat real life tak mungkin lah macam tu kan.
2. tiket nak naek..smpai 4000le.. tolong lah rabah tour . tak baek ambik keuntungan banyak2 sangat. tak baek. boikot kan !!

Thursday, May 5, 2011

Penat..

Tahun ni dah posting internal medicine , surgery dan sekarang O&G.

internal medicine.

mase tu tak tahu kenapa kelam kabut giler.. banyak ponteng kelas lecture. lepas tu study maen2. kat internal medicine group 10 jer. sorg jer perempuan dalam group tu. tak banyak ambik history dari pesakit pon. bagi peluang kat budak laki.. hehehe .bukan aper , malas + tak reti sangat bahasa arab mesir. ramai jugak mase tu masuk kelas arab . tapi sekali lagi. saya budak yang sangat malas.

lagipon mase ni sebulan lagi nak kahwin.banyak bukak internet tengok bende comel2. padahal tak der kaitan pon dengan kahwin. tapi betullah kata orang selagi tak siap majlis fikiran ke situ jer.

Tapi sebenar nya saya tinggalkan internal medicine dengan perasaan menyesal sangat2. tak banyak bende tahu. mase final pon tak sempat hbis baca buku. sedeh.. tapi salah sendiri..

surgery

ok sikit berbanding internal medicine. group pon dah ader perempuan. best boleh gosip2. hehehe. doktor surgery terutama GIT memeng terbaek.
dr said yg garang..
dr tamil kegemaran nik..
dr yusri yang menyanyi2 sambil buat appedictomy .
pengalaman paling tak boleh lupa , kat ER patient kena cardiac arrest depan mata. harap2 pakcik tu hidup lah. lepas tu terus tak gi ER.. (padahal malas). apa pon surgery best sangat.

O&G

minggu depan hbis lah posting kat O&G . kedatangan paling baek. tak banyak sangat ponteng .

sebenarnya baru masuk tajuk utama. saya sangat2 penat..huhuhu..pagi2 kena jalan laju2 ke shabi. 10 minit. tapi bila balik jadi 15 minit atau lebih. malam tak tak boleh fikir aper2. ( nak bbm pon x larat) nak tido jer. badan dan otak sangat penat. tapi yang aneh nya berat badan tak turun2 jugak. huhuhu..

bila tengok makcik2 bersalin tibe insaf. mak2 kita mesti macam tu jugak kan. kecuali saya, saya lahir c-section. ikut penerangan ibu. placenta privia kot. sebab ibu kata uri turun bawah. uri tu palenta la kan. so horamati lah ibu anda selagi masa ada waktu.

ps: 1.betul ker kerajaan tutup pengambilan pelajar2 perubatan ? kesian nya kat budak2 yang bercita2 nak jadi doktor...
2.1st time tengok buah blueberry egypt. pelik rupa dia.


Dulu...kini...selamanye..insyallah...