Friday, December 23, 2011

Teringat family...

dulu mase kecik ibu selalu pesan.. jangan buka 'api ' dengan tangan basah.. mase tu sumpah aku ingatkan jangan buka api dapur gas dengan tangan basah.. bila dah besar sikit baru lah aku faham ... 'api ' yang ibu maksud kan ialah suis electrik.. punya lah lurus masa zaman kecik2 dulu.. tapi tu lah sampai sekarang banyak pesanan2 ibu & abah terpahat dalam hati.. buat bekalan menempuh hidup..

sejak2 dua menjak ni selalu teringat kat family.. mungkin sebab lama tak telifon diorg kot.. tadi telifon abah.. dia kata dua tiga minggu lepas kaki kanan dia tak boleh nak bergerak langsung.. bila jumpa doktor .. doktor kata masalah saraf kat bahu dan kaki sebelah kanan dia.. susah betul nak analisa complaint abah. rasa nya tu mesti TIA (transient ischemic attact ) . TIA tu macam mini stroke.. tapi sekarang dah ok.. dah boleh bergerak. cuma kena buat pysical therapy.. nasib baik masa balik summer hari aku paksa abah pindah kan data perubatan dia dari hospital selayang ke hospital kuala krai ..kalau tidak susah jugak.. dah tak ada sapa2 kat KL nak tengok2 abah.

Beberapa minggu lepas jugak mak johor ( mak mentua) kena betulkan balik disk tulang belakang.. dulu dia pernah buat operation ganti disk.. sekarang tiba2 sakit balik.. so doktor betulkan balik.. sekarang dah sihat.. cuma rehat banyak2.. mak kata rehat sambil2 tunjuk2 kan abah buat keje rumah.. sweet jer abah ngan mak ...

macam2 berlaku kat malaysia.. baru dua bulan sampai sini.. rasa nak terbang balik malaysia jer cuti ni.. tiket dah lah tengah murah.. 2150le.. mengoda betul.. Bila family sakit atau ader masalah rasa lemah sangat.. yer lah kita duduk jauh.. tak boleh tolong aper2 pon.. tolong bersedih jer lah jawab nya.. hahaha..
abah & ibu.. ( serius rindu )

ok cukup dengan mode homesick.. jangan nak over2.. petang ni nak pergi MKU 4.o.. khabar nya makan nasi ayam.. nasi ayam atau nasi lauk ayam wallahualam... nak tahu kena pergi.. bagi aku asal kenyang.. alhamdulillah..

ps :
1. nak bukak rahsia ni. saya tak reti guna mancis atau pemetik api.. so kalau tinggalkan aku dalam hutan dengan sebijik mancis pon .. aku akan mati kesejukan.. sebab aku tak reti guna..

2.. vampire prosecutor dah habis.. nanti kita cerita2 pasal drama ni dalam post lain yer..

3. sekarang posting kat neuropsychiatry .. best & interesting.. tibe2 rasa nak cakap ohhh ramai lagi org yang lebih ' gila' dari aku.. hahaha..


Thursday, December 1, 2011

Flower Boy Ramyun Shop .. nyam2

assalamualaikum...

masa2 mula2 tengok tajuk citer ni aku mati2 ingat kan citer pasal masak2... aku memang suka tengok cerita memasak.. lepas tu terliur.. huhu.. sebenar nya drama ni pasal lelaki-lelaki hensem ( baca jambu ) bukak kedai ramyun bersama seorang cikgu..

Nampak pendek giler kan pompuan tu.. sebenarnya tinggi dia 165cm !! tapi disebab kan lelaki2 sebelah tu melangit tinggi.. dia nampak sangat kontot..

flower boy I - cha chi soo.. budak sekolah yang kaya.. dia join ramyun shop sebab nak jumpa eun bi.. tapi babak yang paling kelakar mase dia sesat kat stesen k.api.. haha.. nak tahu aper ? sila tengok sendiri..

flower boy II -Choi kang hyuk / pemilik kedai ramyun... kedai ramyun tu sebenarnya milik ayah eun bi.. tapi ayah dia bagi kedai berserta eun bi sekali kat lelaki ni.. comel jer bila dia panggil eun bi 'wife' ..
watak dia :
1. dia mampu dan akan tidur dia mana2 sahaja.. comel jer.. sebab mak dan ayah dia mati masa dia kecik.. so dengan tidur dia rase semua tu mimpi..
2. dia terer masak ramyun macam ayah eun bi.. nyam2..

flower boy III - Woo Hyun Woo.. dia berkerja dekat ramyun shop sebab nak tempat tinggal.. dia ni geng cha chi soo tapi ayah dia bankrap ..so terpaksa lah tanggung diri sendiri..

flower boy IV - Kim Ba Wool .. ni kawan eun bi.. aku memang menyampah dengan rambut dia.. macam ayam.. haha .. dia berkerja dengan kedai ramyun ni sebab suka giler makan ramyun.. emm satu perkataan untuk mengambarkan watak dia ialah ; gangster jiwang...

'flower girl' - yang eun bi .. satu2 nya perempuan yang kerja dekat kedai tu.. biase lah heroin korea.. baik tapi bermasaalah.. huhu..

sekarang ni baru episode 10 / 16... setakat ni drama ni best jugak lah.. kelakar..

sesiapa yg minta nak tengok sila lah tengok.. tapi jangan lupa study.. yang nak men-download ... boleh lah ker doramax264 @ mediumquality ...


ps :
1. nak study tapi tak der mood... kalau lah mood untuk study boleh di call melalui telipon..

2. dah masuk bulan disember.. kena stat pikir azam tahun baru.. tapi masalah nya azam tahun ni pon tak terbuat lagi..





Dulu...kini...selamanye..insyallah...