Friday, December 23, 2011

Teringat family...

dulu mase kecik ibu selalu pesan.. jangan buka 'api ' dengan tangan basah.. mase tu sumpah aku ingatkan jangan buka api dapur gas dengan tangan basah.. bila dah besar sikit baru lah aku faham ... 'api ' yang ibu maksud kan ialah suis electrik.. punya lah lurus masa zaman kecik2 dulu.. tapi tu lah sampai sekarang banyak pesanan2 ibu & abah terpahat dalam hati.. buat bekalan menempuh hidup..

sejak2 dua menjak ni selalu teringat kat family.. mungkin sebab lama tak telifon diorg kot.. tadi telifon abah.. dia kata dua tiga minggu lepas kaki kanan dia tak boleh nak bergerak langsung.. bila jumpa doktor .. doktor kata masalah saraf kat bahu dan kaki sebelah kanan dia.. susah betul nak analisa complaint abah. rasa nya tu mesti TIA (transient ischemic attact ) . TIA tu macam mini stroke.. tapi sekarang dah ok.. dah boleh bergerak. cuma kena buat pysical therapy.. nasib baik masa balik summer hari aku paksa abah pindah kan data perubatan dia dari hospital selayang ke hospital kuala krai ..kalau tidak susah jugak.. dah tak ada sapa2 kat KL nak tengok2 abah.

Beberapa minggu lepas jugak mak johor ( mak mentua) kena betulkan balik disk tulang belakang.. dulu dia pernah buat operation ganti disk.. sekarang tiba2 sakit balik.. so doktor betulkan balik.. sekarang dah sihat.. cuma rehat banyak2.. mak kata rehat sambil2 tunjuk2 kan abah buat keje rumah.. sweet jer abah ngan mak ...

macam2 berlaku kat malaysia.. baru dua bulan sampai sini.. rasa nak terbang balik malaysia jer cuti ni.. tiket dah lah tengah murah.. 2150le.. mengoda betul.. Bila family sakit atau ader masalah rasa lemah sangat.. yer lah kita duduk jauh.. tak boleh tolong aper2 pon.. tolong bersedih jer lah jawab nya.. hahaha..
abah & ibu.. ( serius rindu )

ok cukup dengan mode homesick.. jangan nak over2.. petang ni nak pergi MKU 4.o.. khabar nya makan nasi ayam.. nasi ayam atau nasi lauk ayam wallahualam... nak tahu kena pergi.. bagi aku asal kenyang.. alhamdulillah..

ps :
1. nak bukak rahsia ni. saya tak reti guna mancis atau pemetik api.. so kalau tinggalkan aku dalam hutan dengan sebijik mancis pon .. aku akan mati kesejukan.. sebab aku tak reti guna..

2.. vampire prosecutor dah habis.. nanti kita cerita2 pasal drama ni dalam post lain yer..

3. sekarang posting kat neuropsychiatry .. best & interesting.. tibe2 rasa nak cakap ohhh ramai lagi org yang lebih ' gila' dari aku.. hahaha..


No comments:

Post a Comment

Dulu...kini...selamanye..insyallah...